Gwanghaegun dari Joseon

Gwanghae-gun atau Putera Gwanghae (4 Jun 1575 – 7 Ogos 1641; memerintah 1608 – 1623; Jawi: ‏ڤوترا ڬواڠهي‎) ialah raja kelima belas dari dinasti Joseon. Nama peribadi baginda ialah Yi Hon. Ketika baginda digulingkan dalam sebuah kudeta, sejarahwan rasmi yang terkemudian tidak memberinya nama kuil seperti Taejo atau Sejong.